Saturday, May 2, 2009

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT KEBANGSAAN

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Keseluruhan pertandingan ini adalah tertakluk di bawah undang-undang Gabungan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa serta peraturan Am MSSD dan MSSJ.

2. SISTEM PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan secara liga kumpulan pada peringkat awal dan kalah mati pada peringkat separuh akhir dan akhir.

3. PESERTA

Murid-murid PASTI yang telah dipilih oleh jurulatih.

4. PENYERTAAN

Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja.

5. PENDAFTARAN PEMAIN

Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar 10 orang pemain sahaja.(murid PASTI)

6. PENGADIL PERTANDINGAN

Setiap pasukan diminta membawa seorang pengadil.

7. BOLA PERTANDINGAN

Setiap pasukan diminta membawa sebiji bola jaring (saiz 4) untuk pertandingan. Pihak penganjur akan menyediakan bola simpanan.

8. MASA PERMAINAN

Pusingan Awal dan separuh Akhir : 5 minit

Peringkat Akhir : 7 minit

9. BIB

Pemakaian bib bagi pemain keranjang adalah sangat penting agar dapat membezakan pasukan kawan dan lawan serta menjelaskan posisi dan tugas setiap pemain yang perlu dipatuhi.Bib perlulah dibuat seperti berikut ;

1. Center [C]

2. Wing Attack [WA]

3. Wing Defent [WD]

4. Goal Attack [GA]

5. Goal Defent [GD]

6. Goal Keeper [GK]

7. Goal Shooter [GS]

Jika berlaku persamaan warna bib, maka pasukan pertama dikehendaki menukar warna bib.

10. Fungsi

Fungsi bagi setiap pemain berdasarkan bib yang dipakai adalah seperti berikut ;

1. Center [C]

- Pembawa bola utama.

2. Wing Attack [WA]

- Bergandingan dengan Wing Defent [WD] pihak lawan .

3. Wing Defent [WD]

- Bergandingan dengan Wing Attack [WA] pihak lawan.

4. Goal Attack [GA]

- Berganding dengan Goal Defent [GD] pihak lawan.

5. Goal Defent [GD]

- Berganding dengan Goal Attack [GA] pihak lawan.

6. Goal Keeper [GK]

- Penepis utama bola yang cuba dijaringkan dan bergandingan dengan Goal Shooter [GS].

7. Goal Shooter [GS]

- Penjaring gol utama dan bergandingan dengan Goal Keeper [GK].

11. Posisi

Kedudukan setiap pemain pengikut pemakaian bib adalah seperti yang dicatatkan di dalam gambarajah 1.

12. Syarat-Syarat Permainan

Apabila wisel ditiupkan oleh pengadil;

1. [C] boleh bergerak di kawasan A,B dan C sahaja.

2. [WA] 1 dan [WD]1 boleh bergerak di kawasan B dan C sahaja.

3. [GD] 1 dan [GA] 1 boleh bergerak di kawasan C dan D sahaja.

4. [GS] 1 dan [GK] 1 boleh bergerak di kawasan C dan D sahaja.

5. [WD] 2 dan [WA] 2 boleh bergerak di kawasan A dan B sahaja.

6. [GD] 2 dan [GA] 2 boleh bergerak di Kawasan A dan E sahaja.

7. [GS] 2 dan [GK] 2 boleh bergerak di kawasan E dan A sahaja.

Jika bola terkeluar dari gelanggang, pengadil hendaklan meniup wisel sebelum bola tersebut dilontar masuk oleh pasukan yang sepatutnya.

13. Pengadilan

Dua orang pengadil diperlukan untuk setiap permainan. Pengadil yang telah dilantik berhak untuk meniup wisel sekiranya pemain melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Jadual pengadil seperti dalam rajah 2, perlu diwujudkan bagi mengelakkan kekalutan semasa liga bola keranjang diadakan.

Para pengadil bukanlah dipilih dari kalangan guru-guru PASTI ataupun pengurus pasukan.

14. Pembahagian kumpulan.

Contoh pembahagian kumpulan adalah seperti berikut :-

Kumpulan A

- Pasukan 1

- Pasukan 2

- Pasukan 3

Kumpulan B

- Pasukan 4

- Pasukan 5

- Pasukan 6

Kumpulan C

- Pasukan 7

- Pasukan 8

- Pasukan 9

Kumpulan D

- Pasukan 10

- Pasukan 11

- Pasukan 12

Pusingan awal permainan setiap kumpulan adalah berlawanan dengan kumpulan yang telah ditetapkan.

Padang 1

A

Pasukan

1

Pasukan

2

Pasukan

3

Pasukan 1

X

Pasukan 2

X

Pasukan 3

X

Padang 1

C

Pasukan

7

Pasukan

8

Pasukan

9

Pasukan 7

X

Pasukan 8

X

Pasukan 9

X

Padang 2

B

Pasukan

4

Pasukan

5

Pasukan

6

Pasukan 4

X

Pasukan 5

X

Pasukan 6

X

Padang 1

D

Pasukan

10

Pasukan

11

Pasukan

12

Pasukan 10

X

Pasukan 11

X

Pasukan 12

X

Sementara kumpulan A berehat, kumpulan B, dikehendaki masuk ke dalam padang 1, mengikut turutan yang telah ditentukan bagi melicinkan perjalanan liga. Begitu juga dengan padang 2 bagi kumpulan C dan D.

No comments:

Post a Comment