Saturday, May 2, 2009

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA SEPAK MINI PERINGKAT KEBANGSAAN

1. GELANGGANG PERMAINAN
Gelanggang permainan berukuran 18 METER X 28 METER. Ketinggian tiang gol ialah 1.6 meter dan 2.5 meter lebar (rujuk lampiran 1).

2. BOLA
Bola getah saiz 5 digunakan , mestilah lembut dan ringan.

3. BILANGAN PEMAIN
Satu pasukan mengandungi seramai 10 orang pemain. Semasa permainan sedang berlangsung 7 orang pemain termasuk 1 orang penjaga gol akan berada dalam gelanggang.

4. PAKAIAN
Nombor pemain adalah dari nombor 1 hingga nombor 20. Penjaga gol mesti memakai warna baju yang berbeza dengan pemain- pemain gelanggang pasukan sendiri atau pemian gelanggang pasukan lawan. Warna jersey pasukan negeri mestilah mengikut warna pasukan bola sepak negeri masing- masing. Pakaian pemain mestilah menutup aurat (boleh berseluar pendek tetapi memakai ‘tight’). Pemakaian kasut adalah diwajibkan tetapi dilarang menggunakan kasut yang berpaku (aluminium).

5. PENGADIL
2 orang pengadil gelanggang akan bertugas dan keputusan mereka adalah muktamad. Pengadil akan dibantu oleh seorang penjaga masa. Pengadil adalah dari Jemaah Pengadil Kelantan (JPK) yang berdaftar dengan FAM.

6. TEMPOH PERMAINAN
Tempoh permainan penuh peringkat awal dan peringkat separuh akhir ialah 15 minit dan peringkat akhir 20 minit. Masa bagi separuh permainan ialah 7 minit. Masa permainan hanya dihentikan atas perintah dan arahan pengadil.

7. MEMULAKAN PERMAINAN
Sepak mula akan dibuat oleh pasukan yang menang dalam lambungan syiling oleh pengadil. Kedua- dua pasukan mestilah berada dalam kawasan sendiri. Pasukan lawan mestilah berada di luar garis tengah gelanggang. Permainan akan bermula sebaik sahaja pengadil membuat tiupan wisel.

8. JARINGAN GOL
Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan yang menyambungkan dua tiang gol.

9. MEMAINKAN BOLA
Pemain dibenarkan :
9.1 Menggelecek
9.2 Membuat sebarang jenis sepakan

Pemain tidak dibenarkan :
9.3 Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola
9.4 Sengaja atau tidak sengaja memegang bola dengan tangan

10. PERTUKARAN PEMAIN
Pemain simpanan bebas untuk keluar masuk padang dengan syarat mendapat kebenaran pengadil perlawanan.

11. LONTARAN KE DALAM
Pemain boleh menyepak bola apabila ianya terkeluar dari kawasan permainan.

12. SEPAKAN SUDUT
Sepakan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain lawan dan keluar melintasi garisan gol.


13. SEPAKAN PERCUMA
Sepakan ini diberikan bagi sebarang kesalahan di luar kawasan gol. Sepakan diambil di mana kesalahan itu berlaku.
13.1 Menyentuh atau bola terkena tangan.
13.2 Mengkasari pemain lawan.

* Penjaga gol yang dengan sengaja memegang bola diluar kawasan penalti akan di layangkan kad kuning dan sepakan percuma terus diberikan kepada pihak lawan.


14. PENALTI
Jarak sepakan penalti ialah 7 kaki. Sepakan ini diberikan apabila :

14.1 Peluang keemasan menjaringkan gol dimusnahkan oleh pemain lawan.
14.2 Pemain lawan dikasari di dalam kawasan petak gol.
14.3 Bola terkena tangan pemain yang diserang dalam kawasan gol sendiri.

Semua pemain mesti berada di luar petak gol kecuali penjaga gol dan pemain lawan yang akan membuat sepakan.

15. SEPAKAN GOL
Diberikan apabila bola keluar melintasi garisan gol oleh pemain lawan.

16. HUKUMAN SUSULAN
Hukuman yang lebih berat diberi apabila pemain menerima kad kuning kedua dan secara otomatik menerima kad merah. Pengadil mesti mengeluarkan pemain dari permainan tanpa pengganti. Pemain yang menerima DUA KAD KUNING dalam satu perlawanan, TIDAK boleh bermain untuk satu perlawanan sahaja. Manakala pemain yg menerima KAD MERAH, TIDAK boleh bermain untuk dua perlawanan.

17. PEMAIN
Pemain mestilah pelajar lelaki di kelas PASTI pada tahun semasa sama ada 5 tahun atau 6 tahun.

18. FORMAT PERMAINAN
18.1 Peringkat awal - Liga
18.2 Peringkat suku akhir - kalah mati
18.3 Peringkat separuh akhir - Kalah mati
18.4 Peringkat akhir - Kalah mati

* Bagi peringkat suku akhir, separuh akhir & akhir sekiranya keputusan perlawanan masih lagi dalam keadaaan seri, pemenang akan ditentukan melalui sepakan dari tanda penalti sebanyak 3 kali. Sekiranya masih lagi seri, sepakan dari tanda penalti itu akan diteruskan sehingga ada pemenang.

19. KAWASAN TEKNIKAL
Hanya seorang guru, pengurus pasukan, jurulatih & 3 pemain simpanan dibenarkan berada di dalam kawasan teknikal

20. OFF SIDE
Tidak ada ‘off side’ apabila pemain lawan mendahului bola di belakang pemain lawan dalam kawasan pasukan yang diserang.

21. BACKPASS
Sekiranya pemain pasukan sendiri dengan sengaja menyepak bola kepada penjaga gol pasukannya dan penjaga gol itu memegang bola dengan tangan, maka sepakan percuma tidak terus diberikan kepada pasukan lawan dimana kesalahan itu dilakukan.


Lampiran 1
Padang Bola Sepak - 18 m x 28m
















Tiang Gol - 2.5m x 1.6m

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT KEBANGSAAN

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Keseluruhan pertandingan ini adalah tertakluk di bawah undang-undang Gabungan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa serta peraturan Am MSSD dan MSSJ.

2. SISTEM PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan secara liga kumpulan pada peringkat awal dan kalah mati pada peringkat separuh akhir dan akhir.

3. PESERTA

Murid-murid PASTI yang telah dipilih oleh jurulatih.

4. PENYERTAAN

Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja.

5. PENDAFTARAN PEMAIN

Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar 10 orang pemain sahaja.(murid PASTI)

6. PENGADIL PERTANDINGAN

Setiap pasukan diminta membawa seorang pengadil.

7. BOLA PERTANDINGAN

Setiap pasukan diminta membawa sebiji bola jaring (saiz 4) untuk pertandingan. Pihak penganjur akan menyediakan bola simpanan.

8. MASA PERMAINAN

Pusingan Awal dan separuh Akhir : 5 minit

Peringkat Akhir : 7 minit

9. BIB

Pemakaian bib bagi pemain keranjang adalah sangat penting agar dapat membezakan pasukan kawan dan lawan serta menjelaskan posisi dan tugas setiap pemain yang perlu dipatuhi.Bib perlulah dibuat seperti berikut ;

1. Center [C]

2. Wing Attack [WA]

3. Wing Defent [WD]

4. Goal Attack [GA]

5. Goal Defent [GD]

6. Goal Keeper [GK]

7. Goal Shooter [GS]

Jika berlaku persamaan warna bib, maka pasukan pertama dikehendaki menukar warna bib.

10. Fungsi

Fungsi bagi setiap pemain berdasarkan bib yang dipakai adalah seperti berikut ;

1. Center [C]

- Pembawa bola utama.

2. Wing Attack [WA]

- Bergandingan dengan Wing Defent [WD] pihak lawan .

3. Wing Defent [WD]

- Bergandingan dengan Wing Attack [WA] pihak lawan.

4. Goal Attack [GA]

- Berganding dengan Goal Defent [GD] pihak lawan.

5. Goal Defent [GD]

- Berganding dengan Goal Attack [GA] pihak lawan.

6. Goal Keeper [GK]

- Penepis utama bola yang cuba dijaringkan dan bergandingan dengan Goal Shooter [GS].

7. Goal Shooter [GS]

- Penjaring gol utama dan bergandingan dengan Goal Keeper [GK].

11. Posisi

Kedudukan setiap pemain pengikut pemakaian bib adalah seperti yang dicatatkan di dalam gambarajah 1.

12. Syarat-Syarat Permainan

Apabila wisel ditiupkan oleh pengadil;

1. [C] boleh bergerak di kawasan A,B dan C sahaja.

2. [WA] 1 dan [WD]1 boleh bergerak di kawasan B dan C sahaja.

3. [GD] 1 dan [GA] 1 boleh bergerak di kawasan C dan D sahaja.

4. [GS] 1 dan [GK] 1 boleh bergerak di kawasan C dan D sahaja.

5. [WD] 2 dan [WA] 2 boleh bergerak di kawasan A dan B sahaja.

6. [GD] 2 dan [GA] 2 boleh bergerak di Kawasan A dan E sahaja.

7. [GS] 2 dan [GK] 2 boleh bergerak di kawasan E dan A sahaja.

Jika bola terkeluar dari gelanggang, pengadil hendaklan meniup wisel sebelum bola tersebut dilontar masuk oleh pasukan yang sepatutnya.

13. Pengadilan

Dua orang pengadil diperlukan untuk setiap permainan. Pengadil yang telah dilantik berhak untuk meniup wisel sekiranya pemain melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Jadual pengadil seperti dalam rajah 2, perlu diwujudkan bagi mengelakkan kekalutan semasa liga bola keranjang diadakan.

Para pengadil bukanlah dipilih dari kalangan guru-guru PASTI ataupun pengurus pasukan.

14. Pembahagian kumpulan.

Contoh pembahagian kumpulan adalah seperti berikut :-

Kumpulan A

- Pasukan 1

- Pasukan 2

- Pasukan 3

Kumpulan B

- Pasukan 4

- Pasukan 5

- Pasukan 6

Kumpulan C

- Pasukan 7

- Pasukan 8

- Pasukan 9

Kumpulan D

- Pasukan 10

- Pasukan 11

- Pasukan 12

Pusingan awal permainan setiap kumpulan adalah berlawanan dengan kumpulan yang telah ditetapkan.

Padang 1

A

Pasukan

1

Pasukan

2

Pasukan

3

Pasukan 1

X

Pasukan 2

X

Pasukan 3

X

Padang 1

C

Pasukan

7

Pasukan

8

Pasukan

9

Pasukan 7

X

Pasukan 8

X

Pasukan 9

X

Padang 2

B

Pasukan

4

Pasukan

5

Pasukan

6

Pasukan 4

X

Pasukan 5

X

Pasukan 6

X

Padang 1

D

Pasukan

10

Pasukan

11

Pasukan

12

Pasukan 10

X

Pasukan 11

X

Pasukan 12

X

Sementara kumpulan A berehat, kumpulan B, dikehendaki masuk ke dalam padang 1, mengikut turutan yang telah ditentukan bagi melicinkan perjalanan liga. Begitu juga dengan padang 2 bagi kumpulan C dan D.